Make your own free website on Tripod.com

MaKaNaN


MAKAN DIATAS DAUN PISANG
Makan atas daun pisang merupakan salah satu adat asasdari segi adat makan minum orang India. Daun pisang digunakan atas beberapa sebab. Antaranya yang penting ialah aspek kesihatan. Daun pisang adalah bersih kerana kekotoran tidak melekat pada daun tersebut. Daun pisang itu hanya digunakan sekali sahaja. Oleh itu tidak perlu bimbang akan jangkitan kuman daripada orang lain. Daun pisang juga dipercayai mengandungi bahan yang dapat menghadamkan makanan serta megelakkan penyakit tertentu. Itulah sebabnya tiada pengantian buat daun pisang.

BEBERAPA MAKANAN POPULAR ORANG INDIA
Beberapa jenis makanan India nampaknya amat popular diMalaysia. antara yang terpenting ialah masakan kari. Selain itu, toosai, capati dan idli juga popular di Malysia. Selain itu, kari kacang dal adalah satu lagi makanan yang istimewa. ia sentiasa digunakan bersama sambal untuk dimakan dengan capati, toosai dan idli. Kari kacang dal juga boleh dimakan dengan roti canai dan nasi. Appalam, iaitu pappadam ialah sejenis keropok India yang juga diminati ramai. Terdapat juga pelbagai jenis kuih dan juadah, antaranya ialah vadai, dan murukku. Akhirnya perlu disebutkan tentang pantang larang makan bagi orang India. Daging lembu adalah dilarang sama sekali. Lembu dianggap sebagai binatang suci kerana pada awalnya lembu menjadi asas ekonomi orang india. Ia diternak untuk membajak, menarik kereta lembudan untuk susu lembu. Manakala bahan buangan lembu turut digunakan dalam bidang perubatan dan agama. Jadi, lembu dilarang disembelih kerana tanpa lembu mereka tidak dapat melakukan pekerjaan seharian kerana masyarakat India lebih bersifat masyarakat tani pada awalnya. Orang India juga berasa terhutang budi kepada lembu yang membantu mereka dalam pelbagai cara. Oleh itu, penyembelihan lembu diharamkan. Sebenarnya subjek makan orang India adalah luas dan memerlukan ruang yang banyak. saya hanya menonjolkan beberapa aspek terpenting dengan ringkas dan tepat.